Sunday, April 4, 2010

PEGAWAS PUSAT AKSES SK SERI AMAN

Pegawas Pusat Akses SK Seri Aman telah di lantik pada 10 Januari 2010
iaitu seramai 20 orang murid yang terdiri daripada pelajar Tahun 5 dan 6.

PERJUMPAAN PEGAWAS PUSAT AKSES & PEGAWAS MAKMAL KOMPUTER SIBER LESTARI

Tarikh      : Khamis, 04 Mac 2010
Masa         : 2.30 - 3.30 petang
Tempat    : Makmal Komputer Siber Lestari, SK Seri Aman

Perjumpaan ini di kendalikan oleh Cik Nurul Asyiqin Bt Abd Wahab iaitu Fasilitator SchoolNet SK Seri Aman. Perjumpaan ini diadakan bertujuan untuk memberi penerangan yang tepat kepada para pegawas tentang peraturan makmal dan pusat akses, tatacara penggunaan komputer dan kaedah untuk mengemaskini antivirus di dalam komputer (PC).

Seramai 20 orang pegawas pusat akses dan 10 orang pegawas makmal komputer telah mengikuti kelas yang telah diadakan di Makmal Komputer Siber Lestari dari pukul 2.30 petang sehingga 3.30 petang.

Thursday, April 1, 2010

PROGRAM MINGGU ICT 2010 SK SERI AMAN, BEDONG, KEDAH

Nama program      : Program Minggu ICT 2010 SK Seri Aman
Tarikh                      : 21 Februari - 25 Februari 2010
Masa                        :7.40 pagi - 8.00 pagi
Tempat                   : Dewan Bakawali, SK Seri Aman.

Program Minggu ICT 2010 ini dijalankan bertujuan untuk mendedahkan tentang teknologi terkini tentang ICT kepada para pelajar SK Seri Aman. Ini bertujuan bagi melahirkan para pelajar yang celik IT dan celik komputer sejajar dengan seruan kerajaan agae dapat melestarikan dan membudayakan ICT di sekolah.

Ianya telah dijalankan dengan jayanya antara Pusat Akses Sekolah dan Makmal Komputer Siber Lestari iaitu hasil kerjasama oleh Datin Nur Najihah Majuree Bt Abdullah (Penyelaras ICT Sekolah) , Pn Noor Aine Bt Md Yusoff (Penyelaras Pusat Akses), Nurul Asyiqin Bt Abdul Wahab (Fasilitator Schoolnet)  guru-guru yang bertugas, pegawas makmal serta pegawas pusat akses serta warga sekolah SK Seri Aman.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk :-
  1. Merapatkan jurang didgital di kalangan warga sekolah
  2. Mendidik warga SK Seri Aman tentang kepentingan penggunaan ICT
  3. Meningkatkan peratusan penggunaan ICT dalam proses P&P di sekolah.
Antara aktiviti-aktiviti yang di jalankan ialah:-
  1. Mengadakan Slot ICT pada setiap pagi sewaktu perhimpunan
  2. Tayangan slide show
  3. Mengadakan Kuiz ICT berdasarkan slot yang telah diadakan.